Thursday, April 16, 2026
UtamaTragediKetua Menteri zahir takziah kepada keluarga ahli bomba lemas di Sungai Perai

Ketua Menteri zahir takziah kepada keluarga ahli bomba lemas di Sungai Perai

BM 5

AIR ITAM : Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada seluruh ahli keluarga anggota bomba, Allahyarham Mohd. Izwan Illias, yang dipercayai lemas di Sungai Perai, Butterworth ketika menyelenggara bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.

Menurut Kon Yeow, pihaknya akan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk berkoordinasi dengan JBPM bagi meneliti keperluan isteri dan lima anak Allahyarham yang berusia antara empat hingga 16 tahun.

“Pihak Kerajaan Negeri akan uruskan bersama-sama dengan pihak JBPM untuk membantu keluarga Allahyarham dan akan meneliti (apa-apa keperluan) yang wajar,” ujarnya yang ditemui usai menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gelugor di Farlim Square dekat sini pada Sabtu, 24 Februari 2024.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Allahyarham ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ketika menyelenggara bot milik JBPM di Jeti Pangkalan Marin di Mak Mandin pada malam Khamis.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments