UtamaBeritaKetua Menteri: Kerajaan Negeri Pantau Rapi IPU Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan

Ketua Menteri: Kerajaan Negeri Pantau Rapi IPU Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memantau rapi situasi jerebu dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari semasa ke semasa, khususnya menjelang perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan di Padang Kota Lama pada 31 Ogos ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung penganjuran acara berkenaan, namun sekiranya bacaan IPU melebihi 200, adalah lebih baik ia tidak diteruskan demi keselamatan orang ramai.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) setakat ini tidak merekodkan peningkatan kes berkaitan pernafasan susulan keadaan jerebu.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar, memakai pelitup muka sekiranya perlu berada di luar serta memastikan pengambilan air yang mencukupi.

Kerajaan Negeri akan terus berhubung dengan JKNPP bagi memantau perkembangan kesihatan awam sepanjang tempoh jerebu.

Orang ramai juga disaran mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami tanda-tanda masalah pernafasan, manakala sebarang perkembangan berkaitan pelaksanaan Sambutan Hari Kebangsaan akan bergantung kepada keadaan dan bacaan IPU semasa.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments