Tuesday, April 21, 2026
UtamaTragediTragedi tukar lorong, dua penunggang motosikal maut

Tragedi tukar lorong, dua penunggang motosikal maut

Georgetown: Dua lelaki termasuk warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Burma, di sini,pada 11 januari .

Warga emas dilaporkan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku jam 11.59 pagi.

Katanya, penunggang motosikal pertama yang dalam perjalanan pulang ke rumah tiba-tiba mengubah laluan dari kiri untuk masuk ke simpang kanan Lengkok Burma.

“Tindakan itu menyebabkan penunggang motosikal kedua dan ketiga yang bergerak lurus di lorong tengah, terlanggar motosikal pertama dari bahagian belakang.

“Akibat pelanggaran itu penunggang motosikal pertama yang juga lelaki warga emas berusia 71 tahun maut di tempat kejadian.

“Sementara, penunggang motosikal kedua yang berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di HPP pada jam 1.15 petang,” katanya.

Abdul Rozak berkata, wanita warga tempatan berusia 19 tahun yang juga penunggang motosikal ketiga cedera ringan di kaki kanan.

Katanya, bedah siasat terhadap dua mangsa itu sudah dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HPP, pada 11 januari.

“Punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala konsisten dengan kemalangan jalan raya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu di lokasi, pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut memberi rawatan awal kepada mangsa.

Aliran trafik pula sesak lebih satu kilometer dan berjaya dikawal oleh anggota polis trafik.

Sumber :harian metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments