Wednesday, April 22, 2026
UtamaTragediBanjir di Kedah, Perlis, Pulau Pinang terkawal

Banjir di Kedah, Perlis, Pulau Pinang terkawal

KUALA NERUS, 19 September- Situasi banjir di tiga negeri sebelah utara iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang masih terkawal demikian dinyatakan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed.

Kesiapsiagaan kesemua agensi penyelamat juga berada pada tahap terbaik selain menyediakan pelan kontigensi sekiranya situasi luar jangka berlaku termasuk bantuan negeri berhampiran.

Menurut Aminurrahim banjir yang berlaku ketika ini akan reda sedikit masa lagi berikutan Met Malaysia juga tidak mengeluarkan amaran cuaca ekstrem.

“Setiap tahun kita telah menyediakan perancangan sebagai contoh sekiranya banjir berlaku di Kelantan, Perak dan Kedah pada masa akan datang ada negeri-negeri strategik membantu.

“Begitu juga Pahang, jadi kalau berlaku apa-apa kita akan gerakkan tetapi macam contoh di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang gerakan seperti ini belum diperlukan. Namun kita mengharapkan cuaca akan menunjukkan perubahan dan tidak menjejaskan banyak harta benda,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Penutup Himpunan Pertahanan Awam Peringkat Zon Timur di sini.

SUMBER : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments