Friday, April 17, 2026
UtamaTragediMangsa banjir meningkat kepada 635, 11 PPS dibuka di Pulau Pinang

Mangsa banjir meningkat kepada 635, 11 PPS dibuka di Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Mangsa banjir di Pulau Pinang yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkatkan kepada 635 orang, setakat jam 8 pagi tadi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam laman webnya memaklumkan 11 PPS dibuka di tiga daerah di negeri berkenaan, kesemuanya di Seberang Perai.

Empat PPS dibuka di Daerah Seberang Perai Utara menempatkan paling ramai iaitu 401 mangsa, manakala lima PPS di Seberang Perai Tengah dengan 168 mangsa.

Sementara itu, di Seberang Perai Selatan pula dua PPS mempunyai 66 mangsa.

Keseluruhannya, 173 keluarga terdiri daripada 181 lelaki dewasa, 207 wanita dewasa, 129 kanak-kanak lelaki, 93 kanak-kanak perempuan serta 25 bayi sedang berteduh di semua PPS terbabit.

SUMBER : BULETINTV3

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments