Friday, April 17, 2026
UtamaTragediBeberapa laluan di Bayan Baru, Bayan Lepas dilanda banjir kilat

Beberapa laluan di Bayan Baru, Bayan Lepas dilanda banjir kilat

Bayan Lepas: Beberapa laluan di sekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas, di sini, dilanda banjir kilat selepas hujan lebat hampir dua jam, sejak 6 pagi, hari ini.

Antara laluan yang terbabit ialah Jalan Mayang Pasir, Jalan Mahsuri, Jalan Tun Dr Awang, Kampung Jawa, Lintang Nibong dan Jalan Batu Maung.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru Muhammad Syahir Jamaludin berkata, pemantauan dilakukan pihaknya pada jam 7.30 pagi.

Katanya, pemantauan membabitkan lokasi terjejas iaitu sekitar Jalan Tun Dr Awang yang dilanda banjir kilat sedalam kira-kira setengah meter.

“Pasukan bomba dengan kekuatan seramai enam anggota turut melakukan pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat.

“Operasi tamat pada jam 8.12 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu kakitangan swasta, Farah Adibah Mokhtar, 40, berkata, dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Berdasarkan maklumat daripada pemandu kenderaan dari arah bertentangan, mereka memaklumkan jalan yang saya lalui dinaiki air.

“Kenderaan bergerak perlahan dan saya lewat tiba di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Video dan gambar kejadian turut tular di media sosial, dikongsi pengguna jalan raya yang terkandas ketika waktu puncak.

Difahamkan, sekitar lokasi berkenaan sering dinaiki banjir kilat setiap kali hujan lebat, sejak lapan tahun lalu.

SUMBER : HARIAN METRO

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments