Friday, April 17, 2026
UtamaBerita'Kita akan jawab di mahkamah' - Kon Yeow

‘Kita akan jawab di mahkamah’ – Kon Yeow

Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang bersedia sekiranya kerajaan Kedah membawa isu berhubung tuntutan bayaran caj air mentah ke mahkamah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berpandangan terpulang kepada Kedah untuk mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara itu dapat diputuskan oleh mahkamah.

“Jawapan saya sama juga, terpulang kepada negeri Kedah untuk ambil tindakan sewajarnya dan kita akan respons (jawab) dengan sewajarnya.

“Kalau cuma cakap, kita jawab cakap sahaja, kalau masuk ke mahkamah kita akan jawab dalam mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Hotel Warisan 1926 antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Jetblue Sdn Bhd

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow ketika ditanya peluang bagaimana beliau melihat kes itu akan memihak kepada Pulau Pinang berkata, terdapat pelbagai undang-undang termasuk konvensyen antarabangsa yang mengawal penggunaan sumber air.

“Akhir kata mahkamah perlu memutuskan tapi memang ada pelbagai undang-undang serta konvensyen antarabangsa yang mengawal penggunaan sumber air melibatkan lebih daripada satu negara mahupun negeri,” katanya.

Semalam media melaporkan, kerajaan Kedah akan membawa isu berhubung tuntutan bayaran caj air mentah daripada Pulau Pinang ke mahkamah.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata tindakan itu dibuat selepas Kon Yeow meminta kerajaan negeri itu berbuat demikian supaya ia boleh diputuskan mengikut undang-undang.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Kedah akan terus menuntut bayaran caj air mentah dari Pulau Pinang yang ketika ini mengambil 84 peratus sumber airnya dari Sungai Muda, Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata negeri jiran itu masih gagal membuat bayaran walaupun satu sen kepada Kedah biarpun tuntutan dibuat sejak 2010.

Susulan itu, Kon Yeow memaklumkan, kerajaan Pulau Pinang tidak pernah menerima tuntutan melalui proses perundangan mahkamah berhubung isu berkenaan walaupun sudah lama dibangkitkan.

SUMBER : HARIAN METRO

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments