Wednesday, April 15, 2026
UtamaJenayahLelaki Nigeria lari takut polis maut jatuh tingkat 16 kondominium

Lelaki Nigeria lari takut polis maut jatuh tingkat 16 kondominium

Seorang Lelaki Nigeria dipercayai jatuh dari tingkat 16 di Batu Uban pada Ahad lalu, 21 Januari 2023.

GEORGE TOWN: Seorang lelaki Nigeria ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Uban di sini semasa melarikan diri daripada dicekup polis.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an itu bertindak sedemikian selepas unit rumahnya diserbu sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas disyaki menjadi lokasi aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam itu, polis menyerbu rumah berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah di rumah tersebut.

“Ketika polis mengetuk pintu rumah terbabit, seorang lelaki dipercayai warga Nigeria dilihat keluar.

“Tetapi, dia kemudian masuk semula dan mengunci pintu besi serta pintu rumah selepas sedar kehadiran pihak polis,” katanya di sini, malam tadi.

Menurut Razlam, setelah polis memecah masuk rumah berkenaan mendapati lelaki Nigeria terbabit tiada dalam kediaman itu.

“Ketika pemeriksaan, terdapat seorang lagi lelaki dipercayai warga Nigeria di dalam rumah berkenaan dan telah ditahan.

“Disebabkan tangkapan tidak menemukan lelaki yang membuka pintu pada awal kehadiran polis, pihak polis membuat pemeriksaan di kawasan perumahan tersebut.

“Polis kemudian menemukan mayat lelaki yang terbaring di tingkat bawah iaitu lelaki yang dipercayai membuka pintu rumah ketika kehadiran polis,” katanya.

Dalam pada, jelasnya, polis turut menahan seorang lagi lelaki Nigeria dipercayai rakan kepada lelaki yang ditemukan mati.

“Dalam serbuan itu, pihak polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu dalam rumah yang disewa mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek yang maut akibat jatuh dari kondominium terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” tambahnya.

Sumber : Utusan Malaysia

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments