Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaKemas kini skop kerja penguatkuasaan PATI, seru Ketua Menteri

Kemas kini skop kerja penguatkuasaan PATI, seru Ketua Menteri

BM 6

GEORGE TOWN : Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di pejabatnya pagi semalam, 27 Februari 2024.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memaklumkan mengenai pelantikan Pengarah JIM Pulau Pinang yang baharu, Nur Zulfa Ibrahim.

Dalam pertemuan itu, Kon Yeow turut meminta Nur Zulfa untuk mengemas kini skop-skop kerja jabatan berkaitan terutamanya melibatkan penguatkuasaan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Antara perbincangan lain yang turut diketengahkan termasuk kaunter JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, isu Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) serta mengesan majikan yang menggajikan PATI untuk bekerja.

Nur Zulfa dalam pada itu memaklumkan bahawa pihaknya kini turut merangka operasi penguatkuasaan bagi tahun 2024 dalam usaha membanteras PATI mengikut lokasi serta industri yang dikenal pasti.

BM 7
Kemas kini skop kerja penguatkuasaan PATI, seru Ketua Menteri 3


Hadir sama, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Pengurusan, P. Arvind; Ketua Bahagian Khidmat Korporat Imigresen, Nur Mazni Saari dan tiga pegawai lain.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments