UtamaBeritaPulau Pinang Catat Hasil Kastam Ketiga Tertinggi Negara Bagi Sektor Pelabuhan

Pulau Pinang Catat Hasil Kastam Ketiga Tertinggi Negara Bagi Sektor Pelabuhan

Pulau Pinang kini merekodkan hasil kastam ketiga tertinggi di Malaysia bagi sektor pelabuhan, menurut Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Pulau Pinang, Hasbollah Din dalam kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow. Hasbollah dilantik sebagai Pengarah Kastam Negeri pada 20 Julai lalu.

Pertemuan tersebut turut membincangkan struktur organisasi, pengoperasian serta hala tuju JKDM Pulau Pinang.

Pejabat baharu JKDM di Bayan Baru yang kini hampir siap dijangka dapat memperkukuh keupayaan operasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan jabatan itu di negeri ini.

Kon Yeow berkata, Pulau Pinang akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara menerusi Pulau Silikon serta perkembangan industri berteknologi tinggi, selaras dengan pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI).

Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama JKDM bagi memastikan ekosistem ekonomi dan perdagangan Pulau Pinang terus berkembang

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments