UtamaBeritaKetua Menteri Pulau Pinang Iringi TYT Yang Dipertua Negeri Hadiri Mesyuarat Majlis...

Ketua Menteri Pulau Pinang Iringi TYT Yang Dipertua Negeri Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Di Istana Negara

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, mengiringi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Istana Negara.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, dengan kehadiran Sultan-Sultan serta Yang Dipertua Negeri dari seluruh negara.

Persidangan Majlis Raja-Raja merupakan platform rasmi yang menghimpunkan Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan peranan serta tanggungjawab institusi berkenaan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Kehadiran Ketua Menteri bersama TYT Yang Dipertua Negeri mencerminkan penyertaan Pulau Pinang dalam persidangan tersebut.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments