Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaKerjasama erat Kerajaan Negeri lancarkan tugas PDRM

Kerjasama erat Kerajaan Negeri lancarkan tugas PDRM

BM 8

GEORGE TOWN – Kerjasama erat yang terjalin di antara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membantu melancarkan tugas-tugas kepolisan di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Dato’ Khaw Kok Chin berkata demikian ketika melakukan kunjungan perpisahan kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dekat pejabat beliau di Komtar semalam.

“Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya Ketua Menteri, barisan Exco serta wakil-wakil rakyat yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang saya menjalankan tugas di negeri ini.

“Sokongan yang diberikan telah membantu melancarkan tugas-tugas PDRM dan diharapkan kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu.

Dalam pada itu, Kon Yeow turut mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan Kok Chin sepanjang sembilan bulan mengetuai PDRM Pulau Pinang.

Difahamkan, Kok Chin yang dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang pada Mei tahun lepas akan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Selain Kok Chin, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Dato’ Mohamed Usuf Jan Mohamad juga turut akan ditukarkan ke JSJ Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments