Tuesday, May 26, 2026
UtamaHiburanPercutianPenang Marriot Hotel, satu lagi hotel mewah di Pulau Pinang kini dibuka

Penang Marriot Hotel, satu lagi hotel mewah di Pulau Pinang kini dibuka

Penang Marriot Hotel

GEORGE TOWN : Pulau Pinang kini merupakan salah satu destinasi pilihan perniagaan atau pelancongan yang sering menjadi tumpuan umum.

Tambah Naib Presiden Kawasan bagi Indonesia dan Malaysia, Ramesh Jackson; ” Kami terus berkongsi legasi layanan mesra kami sebagai sebahagian daripada evolusi jenama dan daya tarikan moden yang disesuaikan dengan setiap keperluan tetamu kami dengan pembukaan hotel ini.”

Terletak di Persiaran Gurney, berhampiran dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO, Penang Marriot Hotel menawarkan sebanyak 223 buah bilik lengkap dengan kemudahan gimnasium, sauna dan kolam renang yang indah dibina menghadap laut dan dikelilingi dengan Pusat Bandar Georgetown.

“Lounge Premium, M Club yang terletak di tingkat 4 juga menyediakan aktiviti kepada kanak-kanak, turut ditawarkan di sini.” Ramesh Jackson berkata lagi.

Selain itu, Penang Marriot Hotel juga mempunyai dua restoran utama iaitu Kucina yang khusus dalam menyediakan makanan Itali serta Sago yang menyajikan makanan antarabangsa dan tempatan.

Terdapat juga bilik acara dan dewan besar yang untuk memudahkan penganjuran sebarang majlis keramaian. Perkara ini pastinya akan menjanjikan pengalaman yang indah kerana layanan istimewa dan reka bentuk moden yang sememangnya menjadi tarikan utama hotel ini.


RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments