Sunday, April 19, 2026
UtamaBerita90 anggota MPV, URB P.Pinang akan ditukarkan jabatan

90 anggota MPV, URB P.Pinang akan ditukarkan jabatan

Khaw 1

BUTTERWORTH : Polis Pulau Pinang mengambil tindakan menukarkan seramai 90 anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berkhidmat lebih enam tahun ke jabatan lain dalam usaha mengurangkan kes salah laku dalam kalangan warganya.

Tindakan itu dibuat susulan kejadian lima anggota polis dipercayai terbabit kes pemerasan seorang pekerja kilang di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, dekat sini, pada 1 Februari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, tindakan drastik itu akan dibuat dalam masa terdekat bagi memastikan masyarakat terus yakin dengan pihak polis.

“Setakat ini, kita sudah kenal pasti seramai 90 anggota yang kerja lebih enam tahun di unit MPV, URB dan kita kini dalam perancangan untuk menukarkan mereka ke jabatan lain.

“Secara keseluruhan kita mempunyai kekuatan lebih 300 anggota URB, MPV membabitkan lima daerah di Kontinjen Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Media pada 3 Februari lalu melaporkan lima anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) termasuk seorang berpangkat Sarjan diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kes peras RM4,500 daripada pekerja kilang dalam kejadian di Jalan Permatang Tinggi di sini.

Masing-masing berusia antara 24 hingga 48 tahun yang berkhidmat di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu ditahan pada 2 Februari selepas lelaki berusia 27 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian itu.

Sumber : Malaysia Gazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments