Wednesday, January 14, 2026
UtamaHiburanJom meriahkan Hari Warisan Sedunia George Town 7 Julai ini

Jom meriahkan Hari Warisan Sedunia George Town 7 Julai ini

image 4

GEORGE TOWN : Sempena Perayaan Hari Warisan Sedunia George Town pada 7 Julai, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai mempelawa orang ramai hadir memeriahkan acara yang akan disambut di sekitar kawasan enklaf warisan.

Menurut beliau, selain acara kebudayaan, tidak ketinggalan adalah persembahan interaktif dan bengkel kebudayaan itu sendiri.

“Sambutan Utama Warisan George Town 2024 ini akan berlangsung pada Ahad ini bermula jam 5.30 petang hingga 10 malam.

image 5
Hari Warisan Sedunia George Town.


“Kami menjangkakan penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa dapat turut serta memeriahkan sambutan itu.

“Terdapat banyak bengkel dan persembahan kebudayaan untuk orang ramai memahami nilai budaya George Town.

“Kami bersedia untuk meraikan majlis yang dipenuhi dengan pelbagai persembahan yang meriah,” katanya pada sidang media di Komtar, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Festival, Chin Teo; Pengurus Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Warisan Budaya George Town (GTWHI), Ng Boon Nee; dan Penolong Pengurus Jabatan Komunikasi dan Kolaborasi GTWHI, Quah Swee Leang.

Acara utama yang akan dianjurkan adalah Festival Kraf Pulau Pinang 2024, Hari Terbuka Meng Eng Soo 2024, A Day at the Fort sempena Hari Warisan Dunia George Town, Festival George Town, Penang Hill Festival 2024, Bon Odori Pop-Up Fest dan Penang Bon Odori 2024.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments