Wednesday, April 29, 2026
UtamaBeritaPM Anwar Ibrahim Rasmi Masjid Jamek Mengkuang Titi Sempena Nuzul al‑Quran

PM Anwar Ibrahim Rasmi Masjid Jamek Mengkuang Titi Sempena Nuzul al‑Quran

PERMATANG PAUH, 9 Mac – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Jamek Mengkuang Titi bersempena sambutan Nuzul al-Quran 1447 Hijrah di Mengkuang Titi, di sini kelmarin.

Program ini disertai lebih 1,500 pengunjung dan dimulakan dengan aktiviti tadarus al‑Quran 30 juz serta majlis khatam al‑Quran, hasil kolaborasi antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Belia dan Sukan melalui Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan. 

image 79
Perdana Menteri disambut meriah oleh penduduk Mengkuang Titi

Pembinaan masjid tersebut bertujuan memenuhi keperluan umat Islam di kawasan Mengkuang Titi dan Permatang Pauh yang semakin berkembang. Selain dewan solat utama, masjid ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik pengurusan jenazah, bilik akad nikah dan pejabat pentadbiran yang menyokong aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan setempat. 

“Masjid ini dijangka menjadi nadi kepada masyarakat setempat sebagai pusat menimba ilmu, memperkukuh ukhuwah serta mengimarahkan penghayatan al-Quran sebagai panduan hidup,” katanya.

image 80
Antara jemputan yang hadir memeriahkan Majlis Perasmian Masjid Mengkuang Titi dan Sambutan Nuzul al-Quran 1447H

Dalam majlis sama, beliau turut melancarkan Inisiatif Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI) yang merupakan kerjasama strategik antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan JAKIM, bertujuan memperkasakan pendidikan Islam melalui kemahiran digital. 

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments