Sunday, April 19, 2026
UtamaBeritaSeramai 55 Asnaf Terima Bakul Ramadan di Program Berbuka Puasa Seri Delima

Seramai 55 Asnaf Terima Bakul Ramadan di Program Berbuka Puasa Seri Delima

SERl DELIMA, 10 Mac – Seramai 55 golongan asnaf menerima sumbangan bakul Ramadan dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan di kawasan Seri Delima. Program tersebut bertujuan membantu meringankan beban golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan antara komuniti setempat.

Sumbangan berkenaan merupakan inisiatif kebajikan bagi memastikan penerima mendapat bantuan barangan keperluan asas ketika menjalani ibadah puasa. Majlis itu turut menjadi platform untuk masyarakat berkumpul, berkongsi rezeki serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

image 82
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, berharap program seumpama ini dapat menjadi wadah mempererat hubungan dalam komuniti setempat

Sumbangan wakil AEO Freight Sdn. Bhd. Datuk Rijal Abdullah Sharri bersama Datin Norhaslinda Abdul Wahab sebagai usaha meringankan beban golongan memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Salah seorang penerima, Halim Ooi, 79, meluahkan rasa syukur atas keprihatinan yang dizahirkan oleh pihak penganjur dan penyumbang.

“Syukur sangat, bantuan ini bukan sahaja membantu menampung perbelanjaan harian, malah memberi sedikit kelegaan untuk membuat persiapan hari raya,” katanya.

image 83
Seramai 55 Asnaf Terima Bakul Ramadan di Program Berbuka Puasa Seri Delima 3

Majlis Berbuka Puasa Seri Delima itu dianjurkan oleh MPKK Sungai Gelugor dan MPKK Jalan Akuarium dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gelugor serta Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, dalam usaha memastikan kebajikan penduduk setempat terus terpelihara.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments