Wednesday, April 29, 2026
UtamaBeritaKenduri Rakyat MADANI eratkan silaturahim komuniti di Masjid Al-Falah

Kenduri Rakyat MADANI eratkan silaturahim komuniti di Masjid Al-Falah

PERMATANG PAUH, 10 Mac – Program Satelit Khas: Kenduri Rakyat MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri berlangsung meriah di Masjid Al-Falah Pengkalan Tambang, di sini kelmarin.

image 73
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid menyantuni pelajar yang turut hadir ke program ini

Program tersebut menjadi platform untuk merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk selain menggalakkan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti setempat. 

Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang program berkenaan termasuk majlis berbuka puasa, pengisian kerohanian, penyampaian sumbangan serta penyertaan pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat. 

Penganjuran program seperti ini dilihat mampu mengeratkan hubungan antara rakyat, pemimpin serta agensi kerajaan, di samping menyemai nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat. 

Selain itu, program berkonsepkan komuniti ini juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk berkumpul dan berinteraksi dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

“Program seperti Kenduri Rakyat MADANI ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah membolehkan rakyat merasai sendiri keprihatinan kerajaan melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti,” katanya.

image 74
Sesi penyerahan zakat dan bantuan kebajikan bukti komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyokong kesejahteraan golongan yang memerlukan

Keunikan program ini terserlah apabila elemen ibadah digabungkan dengan khidmat kepada rakyat dalam satu platform menyeluruh.

Inisiatif seperti Jualan Rahmah membantu meringankan kos sara hidup, manakala sumbangan zakat dan bantuan kebajikan pula menyokong kesejahteraan golongan memerlukan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments