Sunday, April 19, 2026
UtamaBeritaSebanyak 37 kes direkodkan KPDN Pulau Pinang melalui Ops Pantau 2026

Sebanyak 37 kes direkodkan KPDN Pulau Pinang melalui Ops Pantau 2026

KEPALA BATAS – Sebanyak 37 kes pelbagai kesalahan direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang hasil pemeriksaan yang dijalankan menerusi Ops Pantau 2026 di negeri ini. 

Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata operasi tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap 3,825 premis perniagaan termasuk bazar Ramadan, pasar awam, pasar raya dan kedai runcit. 

Antara kesalahan yang dikesan termasuk kegagalan mempamerkan tanda harga, penggunaan alat timbang dan sukat yang tidak disahkan, tidak mempunyai permit barang kawalan berjadual serta penjualan barangan menggunakan cap dagang tidak sah.

image 70

Akta Cap Dagangan 2019 dan satu kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Sebanyak 25 kompaun serta-merta dikeluarkan, manakala 12 kes lagi dibuka kertas siasatan untuk tindakan lanjut dengan nilai rampasan sebanyak RM420,154.90,” katanya selepas mengadakan tinjauan Bazar Ramadan Rahmah Bandar Bertam Putra di sini, Sabtu lepas.

Tambah beliau, KPDN Pulau Pinang turut melaksanakan inisiatif PATUH yang memfokuskan pematuhan tanda harga serta amalan perniagaan beretika.

Beliau berkata, melalui inisiatif ini, pemantauan berkala dijalankan bagi memastikan harga jualan ditawarkan kekal munasabah, telus dan tidak membebankan pengguna.

image 71
S. Jegan (tengah) bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Negeri Mohd Suffian Mohd Abass (kanan) beramah mesra dengan peniaga yang menawarkan Menu Rahmah di Bazar Ramadan Rahmah Bertam Putra

“Sehingga kini, sebanyak 2,850 pelekat PATUH telah diedarkan kepada peniaga di lima lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) yang beroperasi selaras dengan undang-undang, standard serta garis panduan yang ditetapkan,” katanya.

Sebanyak lima BRR di Pulau Pinang dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan iaitu di Jalan Mahkamah Bayan Lepas, Bandar Bertam Putra, Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bertam Melayu Air Itam serta Sungai Acheh.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments