UtamaBeritaTiga Notis PKM Dikeluarkan, Pulau Pinang Perkukuh Penguatkuasaan Kebersihan Awam

Tiga Notis PKM Dikeluarkan, Pulau Pinang Perkukuh Penguatkuasaan Kebersihan Awam

Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Pulau Pinang menunjukkan perkembangan awal yang positif apabila sebanyak tiga notis dikeluarkan dalam tempoh tiga hari pertama penguatkuasaannya, dengan kesemuanya membabitkan kesalahan membuang puntung rokok secara merata-rata di kawasan Jawi, Seberang Perai Selatan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, H’ng Mooi Lye berkata, tindakan tersebut dilaksanakan selaras dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.

Beliau menjelaskan bahawa bagi kawasan Pulau Pinang, operasi penguatkuasaan masih diteruskan dan setakat ini belum ada sebarang notis dikeluarkan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa notis yang dikeluarkan tidak bermaksud individu terbabit telah didapati bersalah kerana semua kes perlu melalui proses perundangan sebelum diputuskan oleh mahkamah.

Menurutnya, setiap notis akan dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tarikh perbicaraan bergantung kepada jadual pihak berkuasa serta mahkamah.

Mengulas lanjut, H’ng berharap pelaksanaan PKM mampu meningkatkan kesedaran sivik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

Beliau menyeru orang ramai agar tidak membuang sampah atau puntung rokok sesuka hati, sebaliknya bersama-sama memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa serta kondusif untuk didiami oleh seluruh rakyat Pulau Pinang.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments