Sunday, April 19, 2026
UtamaBeritaKetua Menteri Pulau Pinang Terima Kunjungan Delegasi CUEPACS, Bincang Kebajikan Penjawat Awam

Ketua Menteri Pulau Pinang Terima Kunjungan Delegasi CUEPACS, Bincang Kebajikan Penjawat Awam


GEORGE TOWN,11 Mac
– Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi ahli jawatankuasa tertinggi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Pulau Pinang di Komtar.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak mengambil kesempatan untuk bertukar pandangan berkaitan pelbagai perkara yang menyentuh kepentingan penjawat awam, termasuk usaha menambah baik kebajikan serta memperkukuh mutu perkhidmatan awam.

Delegasi CUEPACS turut mengemukakan beberapa cadangan dan pandangan bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus dipelihara, selaras dengan peranan penting mereka dalam menyokong kelancaran pentadbiran kerajaan.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan CUEPACS Pulau Pinang, Mohamad Zamri Hassan; Pegawai Wanita, Faridah Ismail serta Pegawai Belia, Dr. Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki.

Pertemuan itu turut mencerminkan hubungan kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan kesatuan pekerja dalam usaha memperkukuh sistem perkhidmatan awam di Pulau Pinang.

image 92
Ketua Menteri Pulau Pinang Terima Kunjungan Delegasi CUEPACS, Bincang Kebajikan Penjawat Awam 4


GEORGE TOWN
 – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi ahli jawatankuasa tertinggi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Pulau Pinang di Komtar.

Delegasi berkenaan diketuai Pengerusi CUEPACS Pulau Pinang, Khairudin Ahmad bersama barisan kepimpinan tertinggi lain iaitu Timbalan Pengerusi, Mohd. Yusof Hamid; Naib Pengerusi, Mohd. Jamil Shafie; Setiausaha, Masitah Mansor; Penolong Setiausaha, Zuriyana Md. Salleh serta Penolong Bendahari, Ahmad Fauzi Abu Bakar.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan CUEPACS Pulau Pinang, Mohamad Zamri Hassan; Pegawai Wanita, Faridah Ismail serta Pegawai Belia, Dr. Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki.

img 20260311 wa0031

Dalam pertemuan itu, Khairudin turut memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa tertinggi CUEPACS Pulau Pinang yang baharu dilantik bagi sesi 2025 hingga 2028.

Menurut beliau, CUEPACS Pulau Pinang kini terdiri daripada gabungan 20 persatuan penjawat awam di negeri ini, dan pada masa sama mempelawa mana-mana kesatuan pekerja lain untuk sama-sama bernaung di bawah organisasi tersebut.

Di samping itu, pihak CUEPACS turut mencadangkan penganjuran Karnival Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang pada Ogos 2026 di Stadium Batu Kawan yang bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan penjawat awam melibatkan semua ahli kesatuan di negeri ini selain menyediakan platform komunikasi bersama rakyat.

Dalam sesi pertemuan sama, CUEPACS Pulau Pinang turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan kebajikan penjawat awam termasuk cadangan pemberian bantuan khas kewangan kepada semua penjawat awam yang berkhidmat di Pulau Pinang termasuk kakitangan Persekutuan.

Pada masa sama, mereka turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini berhubung kenaikan gred bagi jawatan pembantu tadbir di negara ini selepas lebih 25 tahun tidak pernah dikaji.

image 93
Ketua Menteri Pulau Pinang Terima Kunjungan Delegasi CUEPACS, Bincang Kebajikan Penjawat Awam 5

Kon Yeow dalam pada itu mengalu-alukan pelantikan barisan ahli jawatankuasa tertinggi baharu CUEPACS Pulau Pinang serta menyambut baik cadangan penganjuran karnival tersebut sebagai usaha memperkasa peranan kesatuan sekerja dalam kalangan penjawat awam.

Sebagai rekod, Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) kekal sebagai pusat kebangsaan kesatuan sekerja bagi sektor awam sejak ditubuhkan pada 23 Oktober 1957.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments