NIBONG TEBAL,11 Mac – Seramai 1,700 peserta dari seluruh Pulau Pinang menyertai program World #QuranHour peringkat negeri 2026 yang berlangsung serentak di enam lokasi bagi menyemarakkan budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Seramai kira-kira 1,700 peserta menyertai program World #QuranHour peringkat Pulau Pinang 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh penghayatan terhadap al-Quran.
Program tersebut menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, kakitangan agensi kerajaan serta orang awam yang bersama-sama membaca dan mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran.
Penganjuran program itu bertujuan menggalakkan umat Islam mendekati serta memahami isi kandungan al-Quran agar dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.
Selain bacaan al-Quran secara beramai-ramai, peserta turut mengikuti sesi tadabbur yang memberi penjelasan mengenai makna serta pengajaran daripada ayat-ayat yang dibaca.
Program tahunan itu juga dilihat mampu menyemarakkan lagi semangat kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan masyarakat di negeri ini, di samping mengeratkan ukhuwah sesama peserta yang hadir.

