Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaStok Darah di Hospital Pulau Pinang Menurun, OrangRamai Diminta Tampil Menderma

Stok Darah di Hospital Pulau Pinang Menurun, OrangRamai Diminta Tampil Menderma

GEORGETOWN,11 Mac: Orang ramai diminta tampil menderma darah di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, berikutan bekalan terutama bagi kumpulan darah O, A dan B semakin berkurangan.Keadaan itu dipercayai berlaku berikutan jumlah penderma yang menurun sepanjang bulan Ramadan serta menjelang musim perayaan, sedangkan permintaan terhadap bekalan darah terus meningkat. 

Menurut pihak hospital, bekalan darah amat penting bagi kegunaan kes kecemasan, pembedahan serta rawatan pesakit kronik yang memerlukan transfusi darah secara berterusan. Justeru, orang ramai digalakkan tampil menderma bagi memastikan stok darah sentiasa mencukupi. 

Individu yang mahu berbuat demikian boleh hadir ke Tabung Darah HPP mengikut waktu operasi ditetapkan sepanjang Ramadan iaitu Isnin hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari serta 2 petang hingga 5 petang.

Bagi hari Jumaat, waktu operasi adalah dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 9.30 malam.

Orang ramai juga boleh merujuk jadual kempen derma darah bergerak yang dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi laman Facebook Derma Darah Penang.

Individu yang berpuasa juga boleh menderma darah empat jam selepas bersahur dengan syarat cukup tidur, sihat dan minum air yang cukup.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments