Wednesday, April 8, 2026
UtamaBeritaDiskaun Tol 50 Peratus Jambatan Kedua Pulau Pinang Sabtu Ahad ini

Diskaun Tol 50 Peratus Jambatan Kedua Pulau Pinang Sabtu Ahad ini

BATU KAWAN ,12 Februari : Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Dalam satu kenyataan, JKSB memaklumkan potongan kadar tol tersebut diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi syarikat itu, diskaun berkenaan akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam Sabtu (14 Februari) hingga jam 11.59 malam Ahad (15 Februari).

Potongan tersebut terpakai di semua plaza tol bagi kenderaan persendirian Kelas 1. Selain itu, diskaun sama turut diberikan kepada kenderaan Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.Bagaimanapun, pelaksanaan diskaun itu tidak melibatkan plaza tol di pintu sempadan negara, termasuk Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan serta Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia–Singapura.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, dengan tempoh pelaksanaan bermula jam 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir pada jam 11.59 malam 15 Februari.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments