Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaDua kemenangan berturut-turut ubati luka Penang FC

Dua kemenangan berturut-turut ubati luka Penang FC

Georgetown: Pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City) pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, baru-baru ini, amat bermakna buat pasukannya.

Beliau berkata, kemenangan kedua selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC), 2-0 pada Sabtu lalu bukan sahaja menandakan kebangkitan anak buahnya, malah turut menjadi penawar luka buat penyokong setia skuad Harimau Kumbang.

“Saya boleh katakan satu perjuangan yang jujurlah daripada pemain kami, bukan senang nak menang.

“Kita tahu KL City berpengalaman dengan mereka memberi tentangan yang amat sengit.

“Rentetan prestasi dengan dua kemenangan berturut-turut bagi saya boleh dibanggakan walaupun kita masih berada di zon bawahan, saya harap dapat mengubati luka peminat pasukan kami.

“Saya patut beri pujian kepada semua pemain atas kesungguhan, komitmen untuk merealisasikan hasrat pasukan meraih tiga mata penuh pada perlawanan terakhir di bumi Pulau Pinang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Wan Rohaimi berharap momentum kemenangan itu menjadi bekalan semangat kepada anak buahnya menjelang aksi terakhir menentang Sri Pahang FC di gelanggang lawan, 19 April ini.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments