Saturday, December 6, 2025
UtamaBeritaParlimen Tanjong peruntuk RM250,000 kepada murid khas sejak tahun 2023

Parlimen Tanjong peruntuk RM250,000 kepada murid khas sejak tahun 2023


GEORGE TOWN – Sejak tahun 2023, Pusat Khidmat Parlimen Tanjong telah memperuntukkan hampir RM250,000 untuk pembangunan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying memberitahu bahawa peruntukan tersebut disalurkan melalui pelbagai bentuk bantuan seperti projek fizikal, bekalan pendidikan serta program dan aktiviti.

4f8bacfb 1cea 4c23 b2c5 c578000d77c6

“Untuk tahun ini, saya dengan suka citanya mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi setiap sekolah iaitu Sekolah Jenis Kenangsaan Cina (SJKC) Shih Chung Pusat, Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri P. Ramlee dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Jalan Hutton, manakala SJKC Sum Min turut menerima peruntukan sebanyak RM5,000.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan pada tahun ini adalah berjumlah RM35,000 dalam usaha menyokong pelaksanaan program khas dan aktiviti pendidikan inklusif di Parlimen Tanjong.

“Lebih istimewa lagi dengan berlangsungnya Pelancaran Hari Autisme Sedunia Peringkat Parlimen Tanjong.

“Inisiatif ini adalah sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada anak-anak istimewa kita yang amat memerlukan pemahaman, empati dan ruang untuk berkembang dalam persekitaran yang inklusif dan penyayang,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas & Pelancaran Hari Autisme Peringkat Tanjong di Dewan Lee Sih Chong Soo, Jalan Burma di sini tengah hari semalam.

Mengulas lanjut, Hu Ying yang juga Timbalan Menteri Kewangan memberitahu bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan 35 projek pembangunan baharu bernilai RM716.4 juta untuk tahun ini, termasuk pembinaan bangunan tambahan bagi PPKI serta dua buah sekolah pendidikan khas.

“Sasaran kita jelas, menjelang tahun 2025, semua sekolah akan dilengkapi dengan kemudahan yang menyokong keperluan murid berkeperluan khas dari aspek fizikal, pembelajaran mahupun persekitaran sensori.

“Proses reformasi ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada komuniti setempat, termasuklah pihak sekolah, para guru yang berdedikasi, ibu bapa, dan pertubuhan masyarakat,” katanya lagi.

Selain menikmati juadah istimewa hari raya, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan khas daripa anak-anak istimewa dan sumbangan duit raya.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments