Saturday, May 16, 2026
UtamaBerita'Terima kasih siarkan kisah Rizki' - Noridayu

‘Terima kasih siarkan kisah Rizki’ – Noridayu

Teluk Bahang: “Terima kasih, Harian Metro kerana sudi siarkan kisah Rizki. Juga terima kasih kepada penyumbang, hanya Tuhan sahaja dapat membalas kebaikan.” kata Noridayu Azih.

Ibu kepada Muhammad Izz Ar Rizki Mohd Zaki, kanak-kanak berusia empat tahun pengidap penyakit Mucolipidosis tahap dua berkata, tiba-tiba dia terima banyak notifikasi penerimaan wang, menerusi aplikasi bank simpanannya pada pagi Rabu.

“Tiada lain yang dapat saya katakan, selain daripada ucap terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia.

“Wang ini akan digunakan bagi rawatan dan pembelian keperluan Muhammad Izz Ar Rizki pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Harian Metro melaporkan mengenai kanak-kanak malang itu yang dijangka mempunyai usia berbaki tiga tahun kerana mempunyai gejala injap jantung sempit.

Selain kerap di serang sawan, Muhammad Izz Ar Rizki kini bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan dua peralatan lagi kerana paru-parunya yang sudah rosak selepas dijangkiti Covid-19 lebih tiga tahun lalu.

Nuridayu, 42, berkata, pernafasan Muhammad Izz Ar Rizki pernah terhenti ketika menjalani proses pertukaran tiub Trakeostomi (bagi bukaan pernafasan) pada Julai lalu. 

“Ketika prosedur itu, keadaannya amat tidak memuaskan dan bacaan oksigen mula menurun. 

“Doktor juga beritahu nafasnya terhenti selama dua minit dan terpaksa ditidurkan selain memutuskan prosedur itu tidak akan dilakukan lagi pada masa akan datang kerana terlalu berisiko.

“Doktor juga maklumkan bahawa sebarang pembedahan ke atas jantungnya juga tidak boleh dilakukan berikutan risiko itu,” katanya lagi.

Kini, Muhammad Izz Ar Rizki yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu tidak mampu bercakap namun boleh memahami pertuturan orang di sekelilingnya.

Berikutan kerap diserang sawan, kanak-kanak itu perlu tinggal dalam keadaan dingin dengan bil elektrik di rumahnya melebihi RM400 sebulan berikutan penggunaan penyaman udara.

Selain mesin bantuan pernafasan (BiPaP), Muhammad Izz Ar Rizki turut menggunakan dua lagi peralatan iaitu mesin penyedut kahak dan tangki oksigen yang kesemuanya berjumlah RM46,000.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat milik Noridayu Azih bernombor 2239656552.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments