Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaSpeaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap hari ini

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap hari ini

image 6

GEORGE TOWN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang akan menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

“Saya akan berjumpa Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang hari ini untuk menyerahkan notis rasmi daripada saya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Nor Zamri, 56, meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari pada Jumaat ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut dan menerima rawatan di situ sejak awal bulan ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Sumber : BERNAMA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments