Thursday, January 15, 2026
UtamaTragedi'Kita beri ruang, peluang dia berehat..' - Ketua Polis Pulau Pinang

‘Kita beri ruang, peluang dia berehat..’ – Ketua Polis Pulau Pinang

image 4

GEORGE TOWN: Polis belum merakam percakapan lelaki yang ditemukan selamat selepas empat hari hilang ketika mendaki Bukit Hill Top Batu Kawan, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata proses berkenaan akan dibuat polis apabila mangsa, Muhammad Azfar Ismail, 29, kembali pulih kelak.

“Kita belum merakam percakapan mangsa sebab dia masih dalam rawatan di Hospital Seberang Jaya. Kita beri ruang dan peluang kepadanya berehat, apabila sudah kembali sembuh, kita buat rakaman percakapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Azfar ditemukan kira-kira jam 2 petang semalam di kawasan paya bakau di jeti berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawan.

Ketika ditemui, dia dalam keadaan lemah dan keletihan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments