Saturday, April 25, 2026
UtamaBeritaSteven Sim peruntuk RM65,000 naik taraf dewan masjid

Steven Sim peruntuk RM65,000 naik taraf dewan masjid

BUKIT MERTAJAM – Sebanyak RM65,000 telah diperuntukkan kepada Masjid Taman Alma Jaya di sini, bagi kerja-kerja menaik taraf ruang lama kepada dewan mesyuarat dan serbaguna.

Peruntukan tersebut disumbangkan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong agar dimanfaatkan oleh anak-anak kariah sebagai tempat pertemuan, penganjuran aktiviti komuniti dan pelaksanaan program keagamaan.

Sim yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, pengurusan masjid memohon RM50,000 pada peringkat awal untuk mengubah suai ruang tandas lama yang tidak lagi digunakan.

“Susulan itu, pihak masjid memaklumkan mereka masih memerlukan RM17,000 bagi tujuan penyediaan perabot, sistem penghawa dingin dan sistem audio.

image 142

“Sebagai tanda sokongan berterusan, saya bersetuju menambah RM15,000 manakala ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon turut menyumbang RM3,000,” katanya ketika meninjau masjid berkenaan pada 28 September 2025.

Masjid Taman Alma Jaya yang berusia 25 tahun merupakan antara institusi keagamaan terbesar di Pulau Pinang, merangkumi 35 kawasan perumahan dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 20,000 penduduk beragama Islam di kawasan sekitar.

Selain itu, masjid berkenaan turut menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM2.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja penggantian bumbung lama yang uzur sebagai sebahagian daripada usaha menaik taraf kemudahan demi keselesaan jemaah.

Tambah Sim, komitmen yang ditunjukkan mencerminkan keprihatinan pemimpin terhadap pembangunan institusi keagamaan dan kesejahteraan masyarakat.

“Selain itu, pihak pengurusan masjid turut merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan dan berharap usaha ini menjadi pemangkin kepada perpaduan dan kemajuan ummah,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments