Friday, May 1, 2026
UtamaJenayahSuami, isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang direman 4 hari

Suami, isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang direman 4 hari

Suspek wanita

Bukit Mertajam : Suami isteri dilaporkan mengganggu pengguna jalan raya dengan menakutkan penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang direman empat hari.

Perintah reman terhadap suspek lelaki, 50, wanita, 37, itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan bermula semalam, 7 Februari 2024 sehingga Sabtu, 10 Februari 2024, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang berpakaian lokap tiba di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi polis.

Kedua-dua suspek itu ditahan polis dekat Georgetown susulan video tular yang memaparkan kelakuan berbahaya pasangan berkenaan pada Selasa, 6 Februari 2024.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris dilaporkan berkata, pihaknya mengesan suspek selepas melihat satu video tular kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments