
Seberang Jaya: Satu festival makanan, EGL Event Food Festival akan berlangsung selama 10 hari di Tempat Meletak Kenderaan Lotus Seberang Jaya, Pulau Pinang bermula 26 Januari 2024 sehingga 4 Februari 2024.
Pelbagai aktiviti menarik juga akan disediakan termasuklah aktiviti pentas; Qasidah Kiswah, artis busking tempatan, Tokwan Api, Wahab Golok, Heraii-X Band, Sela Band dan para figura Aplikasi TikTok seperti Dj Atan Sirap, Raziff, Emy Sheera, Toksyu-Zul serta Kembara Live yang pastinya akan mencuri tumpuan pengunjung.
Selain itu, tarikan lain seperti rumah hantu, Permainan Video PUBG, aktiviti mencedok ikan dan zoo mini juga akan merancakkan lagi festival makanan yang akan bermula esok. Hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai, barangan elektrik, hamper dan banyak lagi turut akan menanti pengunjung di sini. Semua pengunjung dijemput hadir esok bagi memeriahkan lagi festival ini!


