Thursday, June 4, 2026
UtamaBeritaSemua Exco, agensi kerajaan diarah tingkat pemantauan pelaksanaan projek negeri – Ketua...

Semua Exco, agensi kerajaan diarah tingkat pemantauan pelaksanaan projek negeri – Ketua Menteri

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengarahkan semua Exco Kerajaan Negeri, agensi berkaitan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) mempertingkatkan pemantauan terhadap pelaksanaan projek pembangunan bagi memastikan semua projek dapat disiapkan mengikut jadual.

Beliau berkata, langkah tersebut penting bagi menjamin manfaat projek dapat dinikmati rakyat selain mengelakkan berlakunya kelewatan atau projek sakit.

Menurut beliau, memasuki separuh kedua penggal pentadbiran, fokus utama Kerajaan Negeri adalah memastikan setiap projek yang dirancang berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Katanya, pelbagai faktor termasuk isu teknikal, utiliti dan pelaksanaan boleh mempengaruhi kemajuan sesuatu projek, justeru pemantauan yang lebih rapi perlu dilaksanakan oleh semua pihak terlibat.

Kon Yeow turut menegaskan bahawa setiap projek pembangunan perlu dilaksanakan mengikut perancangan asal kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah membantu menyelesaikan isu setempat serta meningkatkan daya saing negeri.

Beliau berkata perkara tersebut akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Exco akan datang sebagai peringatan kepada semua agensi pelaksana agar terus memberi perhatian serius terhadap kemajuan projek di Pulau Pinang.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments