Tuesday, May 26, 2026
UtamaBeritaMaksimum 7 hari diperlukan bagi pengguna yang terjejas akibat kebocoran paip di...

Maksimum 7 hari diperlukan bagi pengguna yang terjejas akibat kebocoran paip di Sungai Perai

WhatsApp Image 2024 01 25 at 11.32.43

GEORGE TOWN : Kira-kira 120,000 pengguna air di kawasan Barat Daya dan sebahagian pengguna di Timur Laut neger ini perlu bersedia berdepan gangguan bekalan air sekurang-kurangnya tujuh hari sehingga 30 Januari ini sekiranya operasi pembaikan paip bawah air yang bocor di Sungai Perai gagal.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika hadir memeriahkan Thaneer Panthal yang berlangsung di Jalan Utama, Georgetown sebagai persediaan menyambut Thaipusam pada hari ini berkata, pada masa ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak melibatkan pelan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350 milimeter (mm).


Katanya, pelan B pula melibatkan kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600 mm baharu merentasi Sungai Perai untuk menggantikan bahagian saluran paip 1,350 mm di dasar Sungai Perai yang bocor.

“Jika pelan A berjaya, ia dapat memulihkan perkhidmatan bekalan air untuk 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas menjelang pukul 8 pagi, Jumaat ini manakala bakinya pukul 8 pagi Sabtu.

”Pelan A ialah penyelesaian sementara untuk memulihkan bekalan air bagi 120,000 pengguna yang terjejas dan ia dapat membolehkan mereka menyimpan air buat sementara sehingga Isnin depan.

”Ini kerana PBAPP perlu menutup penyaluran air pada Selasa serta Rabu untuk membolehkan pelan B iaitu kerja-kerja menukar saluran air dari paip dasar Sungai Perai ke dua paip baharu 600 mm merentasi Sungai Perai,” katanya selepas meninjau sambutan Thaipusam di Jalan Macalister di sini, hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments