Tuesday, June 2, 2026
UtamaBeritaLagi terjun di Jambatan Pulau Pinang

Lagi terjun di Jambatan Pulau Pinang

WhatsApp Image 2024 01 24 at 09.32.16

GEORGE TOWN: Tindakan seorang lelaki berusia 20-an yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang telah diselamatkan oleh nelayan yang kebetulan turut berada di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut yang berlaku di KM 2.2, Jambatan Pulau Pinang, Arah Perai – Pulau, Pulau Pinang itu dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang pada jam 10.47 pagi sebelum anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Noor Sakila binti Said selaku Pegawai Operasi, mangsa yang terjun ke dalam laut itu telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda Wave di atas jambatan.

WhatsApp Image 2024 01 24 at 09.32.16 1
Lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang ditenangkan oleh pihak bomba – Gambar JBPMPP

Pada waktu kejadian, sebuah bot nelayan yang berada berdekatan lokasi mangsa terjun itu telah bertindak mengangkat mangsa ke tepi tiang jambatan dan mengikat mangsa di tiang tersebut sebelum beredar dari lokasi.

Manakala, pasukan Bomba yang tiba di lokasi telah bertindak menuruni ke bawah dengan menggunakan tali penyelamat bagi menenangkan dan menyelamatkan mangsa.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang hadir ke lokasi menggunakan bot untuk di bawa ke Jeti Batu Uban dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments