Sebelum ini dikenali sebagai Penang lnternational Halal Expo & Conference (PlHEC). Pada tahun ini akan berlangsung pada 5 hingga 8 Disember 2024 Disember di Tapak Gravitas, Jalan Baru Perai. PIHEX 2024 bertemakan Pemerkasaan Ekonomi Global Melalui Halal.
Buat julung kalinya, bagi “merakyatkan” PlHEX2024 ia diadakan di daerah Seberang Perai yang selama ini diadakan di Dewan Tertutup Spice Arena, Bayan Baru. Lebih istimewa, PIHEX kali ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar lbrahim, dijadualkan pada 7 Disember 2024 pada jam 11.00 pagi. Beliau adalah Perdana Menteri pertama ke PIHEX sejak berlangsung 12 tahun lalu. la sebagai tanda sokongan padu Kerajaan Persekutuan ke atas perkembangan industri halal. khususnya di Pulau Pinang. Terima kasih Perdana Menteri.
Selaku penganjur, PHI mensasarkan pemamer serta usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khususnya bumiputera yang berpotensi ke arah mengembangkan industri halal mereka. la selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan lagi pemegang sijil halal di negeri ini.
Sehingga September 2024, terdapat sebanyak 1,742 pemegang sijil halal di negeri ini. Daripada jumlah tersebut, 77 peratus adalah pemilik bukan bumiputera, manakala 23 peratus lagi adalah bumiputera.
PIHEX 2024 turut menarik penyertaan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan Sabah (DIDR) serta Halal International Selangor (HIS). Turut serta ialah penyertaan 40 usahawan China buat kali ke-2 melalui kerjasama Dewan Perniagaan Malaysia-Hainan menunjukkan impak positif penyertaan mereka yang bermula pada tahun lepas.
Sepanjang empat (4) hari PIHEX 2024, akan berlangsung acara Pameran Jabatan & Agensi Kerajaan, Promosi & Jualan Produk Industri Halal, Festival Kesenian Islam Pulau Pinang iaitu Pertandingan Nasyid dan Azan serta Forum Perdana Hal Ehwal slam. Turut memeriahkan lagi acara kali ini. ialah penyertaan artis dan selebiriti antaraya Kumpulan Inteam, Zubir Khan. Maskot Omar & Hana dan ramai
lagi.
Sebanyak 200 reruai pameran dan jualan yang meliputi 150 reruai berhawa dingin dan 50 lot gerai makanan dan minuman telah disediakan. Sehingga kini lebih 80 peratus telah ditempah.
PHI mensasarkan 20,000 pengunjung, berbanding sebelumnya seramai 15,000 orang. Ini berikutan penganjuran pertama kali PlHEX2024 diadakan di luar dewan, selain lokasi strategik di kawasan penempatan penduduk. Dijangka pelawat domestik, pedagang luar negara serta para pengunjung seluruh negeri serta dari wilayah utara akan mengunjungi PIHEX kali ini.
Dianggarkan jumlah dagangan melebihi RM1.0 juta dicapai sepanjang empat hari berlangsungnya PIHEX 2024.
Masih berbaki sebanyak 20 lagi reruai pameran yang belum ditempah. Justeru, PHI amat mengalu-alukan penyertaan para pemain industri. Sekiranya berminat boleh menghubungi pegawai PHI Puan Isharina atau En Nur Hakimi di talian 04-262 5444 atau emel ke isharina(@penanghalal.international. Penang HALAL International

