UtamaBeritaKejohanan Pickleball Piala Ketua Menteri 2026 catat rekod 480 peserta

Kejohanan Pickleball Piala Ketua Menteri 2026 catat rekod 480 peserta

Kejohanan Pickleball Piala Ketua Menteri Pulau Pinang 2026 terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila menghimpunkan seramai 480 peserta, meningkat berbanding kira-kira 380 peserta pada edisi sulung tahun lalu.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, peningkatan penyertaan itu membuktikan sukan pickleball semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang.

Beliau berkata, kejohanan edisi kedua itu mempertandingkan tujuh kategori, melibatkan pemain novis dan terbuka termasuk beregu lelaki, wanita serta campuran.

Selain menyemarakkan budaya hidup sihat, kejohanan tersebut turut menjadi platform mencungkil bakat baharu dan mengeratkan hubungan komuniti melalui sukan.

Kon Yeow menegaskan Kerajaan Negeri komited memperluaskan peluang penyertaan rakyat dalam pelbagai disiplin sukan, bukan sahaja sebagai atlet tetapi juga jurulatih, pengadil, penggerak komuniti dan tenaga profesional industri sukan.

Kemeriahan kejohanan turut diserikan dengan cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal elektrik sebagai hadiah utama kepada peserta bertuah.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments