UtamaBeritaPulau Pinang Sasar Bina Ekosistem MedTech Komprehensif, Perkukuh Kedudukan Hab

Pulau Pinang Sasar Bina Ekosistem MedTech Komprehensif, Perkukuh Kedudukan Hab

Kerajaan Negeri komited membangunkan ekosistem teknologi perubatan (MedTech) yang lebih menyeluruh bagi memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai hab serantau dalam inovasi penjagaan kesihatan, pembuatan dan aktiviti bernilai tinggi.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang kini mempunyai kepekatan syarikat MedTech tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara, termasuk enam daripada 30 syarikat MedTech terbesar dunia berdasarkan jualan yang mempunyai operasi di negeri ini.

Menurut Kon Yeow, kekuatan industri elektrik dan elektronik (E&E), tenaga kerja berkemahiran serta rangkaian pembekal yang dibangunkan sejak beberapa dekad lalu memberikan Pulau Pinang asas kukuh dalam bidang kejuruteraan ketepatan, automasi, elektronik dan pembuatan termaju.

Kerajaan Negeri kini mahu menghubungkan kekuatan tersebut dengan syarikat multinasional (MNC), syarikat tempatan, penyedia perkhidmatan kesihatan, penyelidik dan bakat bagi membolehkan negeri bergerak lebih jauh ke dalam aktiviti bernilai tinggi termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi serta pembangunan produk.

Sektor pelancongan perubatan turut dilihat mampu melengkapi pertumbuhan MedTech apabila 16 hospital swasta di Pulau Pinang merekodkan lebih 527,000 pesakit asing pada 2025 dengan hasil kira-kira RM1.14 bilion.

Kon Yeow berkata, hubungan antara MedTech dan pelancongan perubatan membuka peluang lebih besar untuk menjadikan Pulau Pinang destinasi penjagaan kesihatan yang kompetitif dan dipercayai di Asia, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negeri berasaskan teknologi serta inovasi.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments