UtamaBeritaMasjid Ar-Rayyan Bandar Cassia Dirasmikan, Mampu Tampung 2,100 Jemaah

Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia Dirasmikan, Mampu Tampung 2,100 Jemaah

Masjid Ar-Rayyan, Bandar Cassia di Seberang Perai Selatan kini secara rasmi menjadi sebuah lagi institusi penting bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di kawasan yang semakin pesat membangun itu.

Masjid yang dibangunkan dengan kos RM10 juta dan mampu menampung kira-kira 2,100 jemaah berkenaan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, Masjid Ar-Rayyan bukan sekadar berfungsi sebagai tempat menunaikan ibadah, malah diharap menjadi pusat ilmu, pendidikan, kebajikan, pembangunan keluarga serta aktiviti generasi muda.

Peranan tersebut selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam (APAI) 2030 Pulau Pinang, khususnya dalam memperkukuh aspek sosioekonomi, pendidikan, keluarga, anak muda serta dakwah dan tarbiah.

Menurut beliau, pembangunan fizikal Bandar Cassia perlu bergerak seiring dengan pembangunan rohani dan sosial masyarakat.

Justeru, Masjid Ar-Rayyan diharap terus diimarahkan menerusi program pengajian, kekeluargaan, kebajikan, kesukarelawanan dan aktiviti anak muda, sekali gus menjadi nadi komuniti yang memperkukuh ukhuwah serta melahirkan generasi berilmu, beragama dan berakhlak.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments