UtamaBeritaPulau Pinang Mahu Lahir Lebih Banyak Syarikat Semikonduktor Bertaraf Global

Pulau Pinang Mahu Lahir Lebih Banyak Syarikat Semikonduktor Bertaraf Global

Pulau Pinang perlu memanfaatkan kekuatan ekosistem semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E) yang dibina sejak lebih lima dekad untuk melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu mereka bentuk produk, memiliki harta intelek (IP), membangunkan teknologi sendiri dan bersaing di peringkat global.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, selepas berjaya menarik banyak syarikat global dan menjadi pangkalan pembuatan penting, tumpuan seterusnya adalah membawa syarikat Malaysia naik ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai.

Menurut Kon Yeow, inisiatif seperti Penang Silicon Design @5KM+ dan Penang ATE Campus merupakan antara usaha memperkukuh keupayaan negeri dalam reka bentuk litar bersepadu (IC), automasi, pengujian dan pembangunan peralatan.

Beliau turut menyeru Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) menyokong cadangan penubuhan Penang International Financial Centre (PIFC) atau Penang Technology Financial Centre bagi meningkatkan akses pembiayaan kepada industri teknologi dan membantu syarikat tempatan berkembang menjadi pemain bertaraf dunia.

Berucap pada sambutan ulang tahun kelima MSIA dan Sambutan Merdeka, Kon Yeow berkata usaha melahirkan syarikat tempatan bertaraf global memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan universiti, termasuk dalam pembiayaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan serta pembangunan bakat.

Beliau menegaskan konsep “Made by Malaysia” perlu diterjemahkan kepada pencapaian sebenar dengan melahirkan PKS Malaysia sebagai pembekal global, jurutera tempatan sebagai pencipta teknologi serta syarikat Malaysia sebagai juara di peringkat serantau dan antarabangsa.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments