UtamaBeritaPingat Emas Sulung Sambut Lawatan Ketua Menteri Ke SUKMA 2026

Pingat Emas Sulung Sambut Lawatan Ketua Menteri Ke SUKMA 2026

Lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow ke Bilik Operasi Sekretariat Kontinjen Pulau Pinang sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 disambut dengan perkhabaran membanggakan apabila kontinjen negeri berjaya meraih pingat emas pertama menerusi atlet judo, Qaleeda Izz’Dika.

Kehadiran beliau turut menyuntik semangat kepada barisan atlet, pegawai dan pengurusan kontinjen Pulau Pinang.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, perjalanan kontinjen negeri setakat ini berada pada landasan yang baik.

Lebih membanggakan, pingat emas sulung tersebut diraih oleh Qaleeda yang baru berusia 16 tahun dan merupakan anak tempatan Tanjung Tokong, meskipun beliau bukan antara sasaran awal pingat emas kontinjen negeri.

Selepas lawatan tersebut, Kon Yeow bersama delegasi negeri menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Majlis berprestij itu diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor serta acara perarakan kontinjen, ikrar kejohanan dan penyalaan obor SUKMA Selangor 2026.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments