UtamaBeritaKerajaan Negeri Utamakan Pematuhan Undang-Undang Sebelum Putuskan Projek Tapak Pelupusan Jelutong

Kerajaan Negeri Utamakan Pematuhan Undang-Undang Sebelum Putuskan Projek Tapak Pelupusan Jelutong

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneliti segala keperluan perundangan dan alam sekitar sebelum membuat keputusan mengenai cadangan penutupan serta pemulihan Tapak Pelupusan Jelutong.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, sebarang keputusan perlu mengambil kira implikasi undang-undang memandangkan projek berkenaan masih tertakluk kepada kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Menurut beliau, Kerajaan Negeri perlu mematuhi semua prosedur perundangan yang ditetapkan sebelum menentukan sama ada projek tersebut akan diteruskan atau sebaliknya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memberikan lanjutan masa sehingga 18 Oktober kepada PLB Engineering Bhd (PLBE) bagi melaksanakan cadangan kerja penutupan dan pemulihan tapak berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kon Yeow berkata Kerajaan Negeri turut menerima cadangan daripada pihak yang berminat berhubung projek penambakan Penang Gateway yang terkandung dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040.

Bagaimanapun, kawasan berkenaan perlu terlebih dahulu ditetapkan secara rasmi dalam rancangan struktur bagi memastikan sebarang pembangunan masa hadapan dapat dilaksanakan mengikut kerangka perancangan dan perundangan yang sewajarnya.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments