UtamaBeritaKetua Menteri Gesa MITI Teliti Dasar EV, Kekalkan Keyakinan Pelabur

Ketua Menteri Gesa MITI Teliti Dasar EV, Kekalkan Keyakinan Pelabur

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menggesa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengambil perhatian terhadap kebimbangan berkaitan dasar terkini kenderaan elektrik (EV) negara.

Menurut beliau, usaha menggalakkan penglibatan syarikat tempatan, pemindahan teknologi dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi perlu diseimbangkan dengan persaingan sihat serta keyakinan pelabur, khususnya ketika Malaysia bersaing dengan negara serantau untuk menarik pelaburan EV.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Kerjasama Tenaga Boleh Baharu McDonald’s Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di McDonald’s Batu Kawan.

Kemudahan TNB Electron di lokasi berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dalam sektor makanan dan minuman, menawarkan pengecas pantas DC 200kW dengan dua titik pengecasan yang boleh diperluaskan kepada empat.

Dalam pada itu, Pulau Pinang menyasarkan 500 pengecas EV menjelang 2030, dengan kira-kira 460 pengecas telah tersedia di seluruh negeri.

Kon Yeow berkata, pertumbuhan penggunaan EV perlu disokong dengan penambahan infrastruktur pengecasan, selain berharap kerjasama seperti di Batu Kawan dapat diperluaskan bagi menyokong peralihan tenaga bersih serta meningkatkan daya saing ekonomi Pulau Pinang.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments