UtamaBeritaTenaga Bersih Pacu Fasa Baharu Pertumbuhan Ekonomi Pulau Pinang

Tenaga Bersih Pacu Fasa Baharu Pertumbuhan Ekonomi Pulau Pinang

Pulau Pinang perlu mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih dan usaha penyahkarbonan industri bagi mengekalkan daya saing dalam menarik pelaburan global bernilai tinggi.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, akses kepada tenaga boleh diperbaharui kini menjadi antara pertimbangan utama syarikat global, sekali gus menjadikan tenaga bersih bukan sekadar isu alam sekitar tetapi faktor penting dalam menentukan daya saing industri negeri.

Menurut beliau, nilai eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) Pulau Pinang mencecah RM436.9 bilion tahun lalu, bersamaan kira-kira 68 peratus daripada keseluruhan eksport E&E Malaysia.

Menerusi Penang Energy Framework, negeri menyasarkan pengurangan intensiti tenaga sebanyak 25 peratus dan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kepada sekurang-kurangnya 10 peratus menjelang 2030, termasuk melalui penggunaan solar atas bumbung, solar terapung serta pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Silicon Island.

Kerajaan Negeri turut menyediakan Dana Mitigasi Iklim RM20 juta di bawah Penang Green Industry Programme yang menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pertengahan yang layak untuk melaksanakan penambahbaikan kelestarian.

Beliau berkata, aspirasi Pulau Pinang bukan sahaja untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ‘Silicon Valley of the East’, malah muncul sebagai antara lokasi utama Asia bagi sektor pembuatan bersih dan bernilai tinggi.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments