UtamaBerita217 Pemilik Tanah Kampung Valdor Terima Kelulusan Lanjutan Pajakan 99 Tahun

217 Pemilik Tanah Kampung Valdor Terima Kelulusan Lanjutan Pajakan 99 Tahun

Seramai 217 pemilik tanah di Kampung Valdor menerima surat kelulusan sementara hak milik tanah bagi lanjutan tempoh pajakan kepada 99 tahun, sekali gus memberi jaminan pemilikan yang lebih kukuh kepada penduduk.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, lanjutan tempoh pajakan tersebut bukan sahaja memberikan kepastian dari segi hak milik tanah, malah meningkatkan nilai hartanah, memudahkan urusan pewarisan serta membuka peluang kepada pembangunan yang lebih terancang dan mampan.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan surat kelulusan yang berlangsung di SJKC Kampung Valdor.

Menurut Kon Yeow, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat menikmati kepastian terhadap hak pemilikan tanah selaras dengan aspirasi Visi Penang2030.

Beliau menjelaskan bahawa proses itu bermula dengan sesi dialog bersama penduduk pada 12 Januari 2025 bagi menerangkan dasar lanjutan pajakan 99 tahun serta insentif diskaun premium yang ditawarkan, sebelum kaunter perkhidmatan khas dibuka pada Mei dan Jun 2025 bagi memudahkan urusan permohonan.

Beliau berkata, kerjasama erat antara Pusat Khidmat Ahli Parlimen Batu Kawan, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan berjaya mempercepat serta mempermudah proses permohonan melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih responsif.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat merangkap ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments