UtamaBeritaKerjasama Strategik Dengan Camaroe Perkukuh Industri Akuakultur Pulau Pinang

Kerjasama Strategik Dengan Camaroe Perkukuh Industri Akuakultur Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperkukuh pembangunan sektor akuakultur menerusi kerjasama strategik dengan pemain industri bagi meningkatkan daya saing dan kemampanan sektor agromakanan negeri.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan,YB Dato’ Haji Rashidi Zinol menerima kunjungan hormat wakil Syarikat Camaroe, sebuah syarikat yang terlibat dalam perusahaan penternakan dan pengeluaran udang, bagi membincangkan potensi kerjasama dalam memajukan industri tersebut.

Pertemuan yang turut disertai Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, YB Goh Choon Aik itu memberi tumpuan kepada perkembangan industri akuakultur, peluang pelaburan serta usaha memperkukuh rantaian nilai penternakan udang di Pulau Pinang.

Perbincangan turut menyentuh kepentingan penggunaan teknologi moden, perkongsian kepakaran dan pendekatan inovatif bagi meningkatkan produktiviti serta memastikan industri terus berkembang secara mampan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam memperkasa sektor agromakanan melalui pelaburan dan kerjasama yang memberi manfaat kepada pengusaha tempatan serta ekonomi negeri.

Beliau yakin jalinan kerjasama antara kerajaan dan industri mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan industri akuakultur yang lebih maju, berdaya saing dan berupaya menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan di Pulau Pinang

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments