UtamaBeritaPendirian Pembubaran DUN Pulau Pinang Bergantung Kepada Dinamik Politik Semasa

Pendirian Pembubaran DUN Pulau Pinang Bergantung Kepada Dinamik Politik Semasa

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus menilai perkembangan politik semasa sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), khususnya sekiranya berlaku pembubaran Parlimen di peringkat Persekutuan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, landskap politik yang sentiasa berubah memerlukan setiap kemungkinan diteliti dengan mengambil kira pertimbangan di peringkat negeri dan pusat sebelum sebarang ketetapan rasmi dibuat.

Menurut beliau, keputusan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan negeri dan pusat.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berhubung peluang pembangkang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Kon Yeow berkata pandangan tersebut dibuat berdasarkan kejayaan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di negeri berkenaan.

Beliau berkata, setiap gabungan politik mempunyai strategi tersendiri yang disesuaikan mengikut komposisi pengundi dan keadaan politik di setiap negeri.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang memaklumkan bahawa PH negeri yang dianggotai Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan keputusan PRN Negeri Sembilan.

Beliau menegaskan bahawa segala keputusan berkaitan akan dibuat selepas mengambil kira semua faktor yang berkaitan demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments