Thursday, June 4, 2026
UtamaBeritaPembangunan Bakat Masa Depan Perkukuh Daya Saing Pulau Pinang

Pembangunan Bakat Masa Depan Perkukuh Daya Saing Pulau Pinang

KEPALA BATAS – Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited memperkukuh kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan teknologi masa depan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pelbagai inisiatif termasuk Penang Silicon Design @5KM+ (PSD@5KM+) dan Penang GenAI Initiative 2.0 sedang dilaksanakan bagi memperkasakan bakat dalam bidang reka bentuk litar bersepadu (IC) dan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara INV New Material Technology (M) Sdn. Bhd. dan Universiti Sains Malaysia (USM) di Penang Technology Park@Bertam. Menurutnya, kerjasama tersebut bukan sahaja memberi fokus kepada pembangunan bakat, malah memperkukuh penyelidikan serta hubungan antara institusi pendidikan dan industri.

Kon Yeow berkata, pengambilan graduan USM oleh syarikat terlibat serta peluang penyelidikan bersama mampu mewujudkan ekosistem yang lebih kukuh bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Beliau menegaskan bahawa kerjasama strategik seperti ini penting untuk memastikan graduan memiliki kemahiran relevan, sekali gus membantu Pulau Pinang kekal kompetitif dalam landskap teknologi yang semakin berkembang pesat.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments