Friday, May 1, 2026
UtamaBeritaPulau Pinang kekal tanpa kes strok habasetakat ini

Pulau Pinang kekal tanpa kes strok habasetakat ini

GEORGE TOWN, 26 Mac – Tiada kes strok haba direkodkan di Pulau Pinang setakat ini walaupun cuaca panas melanda kebanyakan kawasan.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, semakan bersama Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan tiada kes berkaitan strok haba dilaporkan.

Pulau Pinang dilaporkan masih bebas daripada sebarang kes strok haba setakat ini walaupun berdepan cuaca panas yang melanda kebanyakan kawasan.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen memaklumkan bahawa semakan bersama Jabatan Kesihatan Negeri tidak menemui sebarang kes berkaitan setakat ini. Namun, orang ramai tetap diingatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah pencegahan sepanjang tempoh cuaca panas. 

Tinjauan mendapati keadaan cuaca panas tidak menjejaskan aktiviti pelancongan di negeri itu. Malah, masyarakat dilihat semakin peka dengan risiko strok haba dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti menggunakan pelindung diri, kekal hidrasi serta mengurangkan pendedahan kepada panas terik. 

Orang ramai juga disaran memakai pakaian ringan, berteduh ketika berada di luar serta memastikan pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments