Sunday, April 19, 2026
UtamaBeritaPenang FC dan FAP bekerjasama bagi memperkukuh pasukan Piala Presiden serta Piala...

Penang FC dan FAP bekerjasama bagi memperkukuh pasukan Piala Presiden serta Piala Belia

GEORGE TOWN – Penang FC Sdn. Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi pengurusan dan pembangunan pasukan Piala Belia (bawah 18 tahun) dan Piala Presiden (bawah 20 tahun) untuk musim 2026.

Majlis tandatangan tersebut disaksikan oleh Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen di Komtar di sini sebentar tadi.

Pihak Penang FC telah diwakili oleh Pengurus Besar, Jeffrey Chew Gim Eam manakala di pihak FAP diwakili oleh Presiden badan tersebut, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff.

Menurut Zi Sen, kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem pembangunan bola sepak Pulau Pinang, dengan kedua-dua kejohanan dijadualkan bermula April 2026 hingga November 2026.

“Di bawah inisiatif ini, Penang FC akan menyediakan peruntukan bajet keseluruhan, manakala FAP akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan operasi kedua-dua pasukan.

image 23
Penang FC dan FAP bekerjasama bagi memperkukuh pasukan Piala Presiden serta Piala Belia 2

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kualiti pemain pelapis melalui penyelarasan program latihan, pemantauan bakat serta pengurusan pasukan yang lebih sistematik. Kerjasama tersebut turut memberi fokus kepada pembangunan jangka panjang bagi memastikan kesinambungan pemain berkualiti ke peringkat pasukan utama.

Selain itu, sinergi antara kedua-dua pihak dijangka mampu memperkasakan struktur pembangunan bola sepak negeri dengan memberi lebih banyak peluang kepada pemain muda untuk menyerlah dan bersaing di peringkat lebih tinggi. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha berterusan dalam mengangkat prestasi bola sepak Pulau Pinang secara keseluruhan.

Pada sidang media sama Zi Sen turut menyeru ‘pemain ke-12’ Penang FC untuk memenuhkan Stadium Bandaraya pada Perlawanan Akhir Pusingan Pertama MFL Challenge Cup 2025/2026 menentang Sabah FC pada 4 April ini.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments